Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka
("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.
Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"? Makna terhadap ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Bencana Di Sebalik Gunung
Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Tembok semula jadi di utara dunia |
Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? (sila klik). Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Salah satu tembok buatan manusia iaitu Tembok Besar China. Tembok Besar China bukanlah Tembok Besi Zulkarnain tetapi ia juga dapat digunakan untuk memperkukuhkan lagi pertahan di Asia Tengah. |
Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt)
Ciri-ciri suku kaum Makjuj ( sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas) |
Ciri-ciri suku kaum Makjuj (sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas) |
No comments:
Post a Comment